INFO TERKINI

 photo info-terkini-persatuan-12-4-14_zpsc819248d.gif

Friday, December 17, 2010

KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KASTAM

Presiden dan Ahli-ahli Exco Perkasa WPKL mnegucapkan tahniah kepada Pegawai-pegawai Kanan gred W41 yang telah dinaikkan pangkat ke gred W44 berkuatkuasa 20 Disember 2010. Seramai 122 orang pegawai terlibat dalam kenaikan pangkat ini dan telah dimaklumkan melalui Perintah Pertukaran Pegawai Kanan Bil. 44/2010.

Kenaikan pangkat ini memberi satu suasana baru serta mengubah landskap bagi urusan kenaikan pangkat dalam jabatan. Pegawai gred W41 yang telah berkhidmat seawal usia 7 tahun perkhidmatan telah mendapat nikmat kenaikan pangkat berbanding sebelumnya dimana pegawai terpaksa menanti sehingga 10 hingga 15 tahun untuk dinaikkan pangkat.

Perkasa WPKL berharap agar pegawai kanan yang telah dinaikkan pangkat ini akan terus berkhidmat dengan cemerlang bersama jabatan.

Setiausha. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...