INFO TERKINI

 photo info-terkini-persatuan-12-4-14_zpsc819248d.gif

Saturday, March 5, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PENGARAH KASTAM

Presiden PERKASA Malaysia bersama Ahli Majlis telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan berkaitan isu-isu semasa bersama Y.Bhg. Dato’ Sri Hj. Mohamed Khalid bin Yusof, Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada 4 Mac 2011 jam 3.00 petang di Putrajaya. Turut hadir pada perbincangan tersebut adalah Y.Bhg. Dato’ Md. Yusop bin Hj. Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Kastam(Penguatkuasaan/Pematuhan), Y.Bhg. Dato’ Khazali bin Hj. Ahmad , Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Y.Bhg. Dato’ Hj. Ismail bin Ibrahim , Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Y.Bhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Embong, Pengarah (KPSM), Y.Bhg. Dato’ Chik Omar bin Chik Lim, Pengarah (Korporat) dan Tuan Hj. Ismail bin Saidi, Timbalan Pengarah Cawangan Perkhidmatan/Latihan.

KPK KPK1KPK2Perjumpaan dan perbincangan selama 2 jam ini banyak berkisar kepada isu-isu kenaikan pangkat di kalangan pegawai kanan. Sdr. Mohamad Noor bin Yusof, Presiden PERKASA Malaysia telah menyampaikan ucapan serta membentangkan isu-isu yang berkaitan. Isu-isu yang dibawa akan dibincangkan dengan lebih teliti pada satu sesi akan akan ditetapkan kemudian. Dato’ Sri KPK pada dasarnya telah bersetuju untuk hadir pada sesi perbincangan tersebut. Semoga PERKASA Malaysia dan pihak pengurusan akan mendapat kata sepakat dalam isu-isu yang dibangkitkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...