15 September 2020

PEMENANG KIBARKAN JALUR GEMILANG SECARA DIGITAL

Pada 28 Ogos 2020 yang lepas, PERKASA WPKL telah menganjurkan pertandingan kibarkan jalur gemilang secara digital melalui platform Facebook dan Instagram PERKASA WPKL. Pertandingan tersebut dijalankan selama seminggu iaitu mulai 28.08.2020 hingga 06.09.2020. Program ini bertujuan untuk menerapkan semangat cintakan negara. Seorang pemenang akan dipilih secara rawak melalui penyertaan mereka di Facebook PERKASA WPKL selepas tempoh tersebut. Pemenang berpeluang memenangi voucher bernilai RM200.00. 

Pada 09.09.2020 yang lepas, cabutan nama pemenang telah dilakukan oleh Presiden PERKASA WPKL iaitu Tuan Mohd Nasir Mustapha menerui Facebook Live PERKASA WPKL. click link 👇

https://www.facebook.com/perkasawpkl2020/videos/3269415383145859/?extid=hkTahuVdM1mjRMky&d=n

DAN


JATUH KEPADA NURULLIYANA MAT SALEH



Majlis ringkas penyerahan hadiah tersebut telah dilakukan oleh Presiden PERKASA WPKL Tuan Mohd Nasir Mustaph pada jam 11.00 pagi, 15 September 2020. 
TAHNIAH Nurulliyana

Terima kasih kerana anda sentiasa menyokong program yang PERKASA WPKL anjurkan.


PERKASA WPKL SESI 2020-2022


No comments:

Post a Comment

Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia Cawangan WPKL © . Designed by Exco IT dan Publisiti 2020-2022