Marilah bersama-sama kita hulurkan bantuan kepada NURLIHASMA BT APRISAL (22 tahun) yang menghidap penyakit Hidrosefalus (Hydrocephalus). Hidrosefalus adalah penumpukan cairan di rongga otak sehingga meningkatkan tekanan pada otak yang akan menyebabkan ukuran kepala membesar. Beliau menetap di Kg Kenangan, Batu 13, Puchong, Selangor.BELIAU memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi meneruskan kehidupan seharian. Antara kos-kos yang perlu ditanggung adalah pembelian susu (setiap hari), kos pengangkutan ke hospital 1-2 kali sebulan RM 350/trip, sebuah tilam bersaiz Queen dan lampin pakai buang (XXL).
No comments:
Post a Comment